MASTER BEDROOM KU...

Untuk pengetahuan korang, mira and husband baru je pindah ke rumah sendiri last year (2018). Itu pun betul-betul selepas mira beranakkan baby first. Maka berpantanglah mira di dalam rumah baru. Baca "rumah baru" as perumahan baru, rumah tak ramai penduduk lagi, rumah kosong, rumah tak ada barang apa lagi, rumah bersepah baru angkut barang dan sebagainya 😭

Senang la nak kira berapa lama dah kitorang pindah ke rumah ni. Sebut je umur anak mira berapa tahun, itulah jugak tempoh kitorang dah berpindah ke rumah ni 😛

So sekarang, dah 10 bulan kitorang pindah ke rumah ni. For your information, rumah ni 2 tingkat dan kitorang fully utilize tingkat bawah sahaja. Tingkat bawah tu termasuklah ruang tamu, dapur, 1 toilet dan 1 bilik tidur. Bilik tidur tu kecik je bahagian bawah ni. Ala-ala bilik tidur untuk maid la kut. Tapi kitorang tak ada maid taw. Semua kerja rumah buat sendiri jew 😁

Master Bedroom - Baru lepas kemas okey 😍 
So, as kitorang guna ruang tingkat bawah sahaja, maka bermacam-macamlah barang dengan tak tersusunnya ada dekat tingkat atas. Semua lungguk dekat tingkat atas. Mesin basuh pun ada dekat tingkat atas 😥 Barang-barang yang jarang guna semua dekat tingkat atas. Segala barang-barang jualan atau kerja-kerja bunga dan pokok yang mira buat semua dekat tingkat atas. Pheww.. bersawang taw tingkat atas tu. Naseb la ada tingkat, banyak sikit barang boleh sumbat. Ace bayangkan barang ni semua ada dekat tingkat bawah. Memang kitorang pun duduk dalam sawang tersebut la 😂

Suka view ni. Ada tingkap yang boleh masuk cahaya dan ada ruang untuk pokok 😍

 After few months, mira dah tak tahan dah tengok semak kat ruangan atas ni. Termasuklah master bedroom. Tapi master bedroom ok sikit. Ada katil, almari and ampaian tempat sangkut baju and tudung. Tak kacau sangat and tak smak sangat. But still kena kemas bagi proper sikit.

Maka bermulalah sesi mengemas di bahagian tingkat atas ni. Termasuklah Master bedroom. So... gambar-gambar ni lah master bedroom kitorang. As mira cakap tadi. Kitorang tak tidur dekat bilik ni lagi. Kitorang tidur dekat bilik bawah. Husband mira cakap tunggu anak setahun atau 2 tahun macamtu baru cinsider tidur bilik atas. Sebab takut anak main tangga 😗

Pokok hidup bagi ada oksigen sikit 

Our humble bedroom
Untuk pengetahuan, katil dan almari dalam bilik ni mira dan husband beli di Ikea. Ada satu post mira buat khas mengenai jalan-jalan Ikea. Tekan Sini

So, akhirnya dapatlah katil, 1 biji almari dan 1 biji drawer dari Ikea dalam rumah ni hasil dari jenjalan di sana 😇. Terima kasih husband layankan isteri awak ni 😍

Korang kalau nak tengok-tengok barang ikea boleh je pergi laman web dye IKEA MALAYSIA
Kadang-kadang ada buat sale jugak. Macam sekarang diorang ada buat MERDEKA SALE macam kat bawah ni

Merdeka Sale IKEA 2019

Kalau nak tengok video Mira kmas master bedroom ni, boleh la layan video kat bawah ni!



JANGAN LUPA SUBSCRIBE! 👄
BYE ASALAMUALAIKUM!

Comments