Cari Barang Rumah Di IKEA CHERAS

Asalamualaikum dan hai, apa khabar semua? πŸ˜€Salam nak masuk Ramadhan Kareem. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Rasa cepatnya masa berlalu. Dah nak start balik dah Puasa. Rasa baru 2-3 bulan lepas je puasa πŸ˜… 

Kali ni, sis nak share satu hari jalan-jalan ke gudang IKEA Cheras tu untuk mencari barang rumah. Masa ni, sis mengandungkan anak pertama sis, tak ingat la berapa bulan masa ni πŸ˜… Yang pasti, sis dah rasa macam bawak buah tembikai dalam perut ni. Hehe..

Perasaan shopping masa ni bukan main syok lagi. Sambil bawa baby sulung dalam perut, sambil fikirkan rumah baru yang bakal sis duduk nanti 😊 Sambil fikir dalam kepala, nak deko macam mana ya rumah ni nanti? Sambil itu, ada bayangan duit beterbangan. Hahaa.. πŸ˜πŸ˜‚





Sis nak pesan sikit dekat newbie atau golongan-golongan yang baru dengan Ikea ni. Sis sarankan untuk korang usha-usha dulu laman web ikea sebelum terjah ke store ikea.  Target dulu barang apa nak beli. Sebabnya bila dah sampai ikea, korang akan jadi rambang mata πŸ˜† Semua benda pun lawa, semua benda pun nak beli, semua benda pun nampak murah dan berbaloi. Tengok-tengok sampai kaunter, beriban habis, yang pada asalnya hanya nakbeli seketul pasu πŸ˜†

So,  sebelum pergi IKEA tu memang sis dah godek-godek laman web dia dah. Yelah, nak tengok harga dan nak aim barang mana yang nak beli. Hehehe.. Jangan tak tahu pulak, sis aim barang-barang yang murah saja πŸ˜†. Maksudnya barang yang tak mahal sangat la. Mampu milik gitu. Hihi..

Kat bawah ni sis share antara barang-barang yang sis aim sebelum ke ikea. Ada yang dapat dibeli. Ada yang tak dapat dibeli sebab masa tu pergi dah habis stock. Huhu..

Mari cuci mata sikit kat bawah. Hehehe 







































Fuhh.. punya banyak sis belanja korang gambar. πŸ˜‚ Sis share sahaja. Yang decide nak beli tu korang ya. πŸ˜‚

Siapa yang selalu pergi ikea untuk shopping barang rumah, share la dengan sis, barang apa yang korang rasa berbaloi sangat beli dekat sana. Mana tahu sis pun akan terjebak jugak πŸ˜†



Comments