TAMPAL BAJU KOYAK SEWAKTU PKP #Stayhome #kitajagakita #covid19

Asalamualaikumdan hai semua.

BAJU KOYAK korang buat macam mana? SEDIH weh baju kesayangan koyak. Korang buat apa kalau baju koyak. Mira dapat idea untuk LETAK MANIK dekat tempat baju koyak tu. Yang bestnya, manik tu HANYA TAMPAL sahaja! Tak perlu jahit satu-satu.

IRON SAHAJA guys! Tak payah jahit pun boleh tampal manik ni. Sebab tu Mira suka sangat-sangat dengan benda alah ni 😍

Jom tengok macam mana Mira tampal manik ni pada baju yang terkoyak tu.

Baju terkoyak

OK. Inilah bahagian baju yang terkoyak tu. Sikit je di bahagian lengan, Tapi sikit-sikit pun, malu juga la nak pakai kalau keluar 😂. Nak buang memang SAYANG SANGAT! Marilah kita buat sesuatu kepada baju ini.

LAWA GILER!
OK, ini manik iron on yang Mira beli tu. LAWA GILER! Lawa gile. Tolonglah beli manik ni korang. Ada macam-macam design lain yang ada. Korang cari jer dekat seller shopee tu. Nanti Mira share link dia di bawah sekali ok!

Susun manik pada bahagian yang dikehendaki

First step, korang letak atau susun di mana korang nak manik tu berada. Kalau kes Mira, letak atas di tempat koyak tu la. Sebelum beli manik ni, korang ukur dulu size baju koyak tu berapa besar. Check dekat seller shopee size manik tu. Macam-macam design dan size ada. Korang pilih aje. Dah la murah dari kedai. Cantik pula tu. Nak menangis rasa. Huhu

Pusing Belakang & IRON

Next lepas dah susun manik kat mana nak letak, pusing belakang manik tu. Pusing baju tu. Iron bahagian belakang baju. JANGAN IRON ATAS MANIK! Rosak pulak manik tu kang! 😂
Iron di bahagian BELAKANG BAJU ya! Iron la dalam 5 ke 10 minit macam tu

Gam di belakang manik
Bahgian tepi manik
OK, ni gambar gam dibelakang manik. Mira tengok tebal juga gam dye. Iron lama sikit untuk cairkan gam dibelakang baju. Tapi jangan sampai terbakar pulak ya 😂
Mira dah serik dah baju terbakar ni. Mira beli iron steam yang tak akan terbakar punya.
(Nanti Mira share pasal iron tu di lain post ya!)

LAWA GAIS!
SIAPPPPPPPP! Mudah sangat guys! Iron sahaja manik tu. Nanti gam dia cair dan akan melekat pada pakaian korang. Baju yang terkoyak malu nak pakai boleh pakai balik guys! Tolonglah cuba cara ni. Kalau ada baju terkoyak sikit-sikit tu, tampal dengan manik cantik ni. JADI BAJU BARU! 😍




OK, Mira nak share kat mana Mira beli manik ni. Di shopee je guys. Nama kedai ni ialah kkcrystalsdnbhd. Korang boleh tengok seller ni. Macam - macam design yang ada juga dekat seller ni. Boleh usha-usha then beli ya 💋

MANIK YANG MIRA BELI

WARNA PUTIH

ADA BUNGA DI TENGAH!

JENIS KECIL-KECIL PUN ADA!

LAWA JUGAK! BUAT CORAK DI BAJU POLOS!

DESIGN YANG LAIN

LAWA LAWA LAWA!

OK, Mira rasa itu sahaja yang Mira nak share kali ini. Korang wajib tengok di shopee ya untuk tengok design yang lain juga. Macam-macam ada guys!

Mira kasi link dia lagi sekali.
Mira beli manik di kedai ini 👉 kkcrystalsdnbhd

Ok, itu sahaja perkongsian Mira pada kali ini. Mira ada juga buat Video khas untuk korang yang suka layan Video 👉 YOUTUBE

BOLEH TENGOK VIDEO LAIN JUGA!
JANGAN LUPA UNTUK SUBSCRIBE JUGA YA. 👄

BYE ASALAMUALAIKUM

Comments