THE MAHANTTAN FISH MARKET | DATING BERTIGA

Sekali lagi mira and husband pergi ke offer The Mahanttan Fish Market. Sebelum ni kitorang ada grab jugak promosi The Mahattan Fish Market ni. Fish N Chip tak salah mira offer meal dye. Masa tu tengah window shopping dekat IOI City Mall. Dah tengah lapar tak tahu nak makan apa, grab je la Fish N Chip tu. Memang puas hati. Untuk kali ni pulak, ada dua meal yang diorang offer :

1. Manhattan Flaming Platter (Dory)-  RM45.00 nett
2. Manhattan Fish 'N Chips - RM8.80 nett!! 
Add on 1 Mug Sarsaparilla drink - RM1 and Fried Calamari - RM5.50 nett

Nak nanges rasa tengok harga dia. Manhattan Flaming Platter tu harga asal dia RM80++ taw. Yang Fish 'N Chips tu pulak harga asal dia RM24 Dah kalau ada offer macam ni kena grab la kan 😄


Manhattan Flaming Platter (Dory)
Woww.. Wow.. Wow.. terliur kan? 😜 As peminat seafood, memang mira senyum lebar je bila plater ni sampai. Kitorang pergi Outlet The Mahattan Fish Market dekat Evo Bangi. Sebelum sampai tu kitorang COD Dimsum sekejap. (Jangan tak tahu mira jadi agent dimsum frozen. Kalau nak dimsum frozen roger taw 😘OK back to topic.) Bila sampai je outlet dekat Evo Bangi, kena beratur panjang. Huhuu.. Last day promo la katakan. Tak nak lepaskan peluang ..

Beratur di The Manhattan Fish Market Evo Bangi
Ada la dalam 10 minit tunggu, then giliran kitorang pulak di-serve Alhamdulillah.. Lapar-lapar pun tahan jugak taw tunggu nak grab promo ni 😋. Korang macam tak pernah kena beratur panjang macam tu? 😄 Ke kalau korang terus blah? 😪


Fish And Chip
Yeay Fish And Chip Dah Sampai. Kali ni Fish N Chip dye tak datang dengan french fries atau kentang goreng tu. Kali ni set ni datang dengan Kepingan kentang yang digoreng tu. Barulah namaya 'Chips' kan? Hehehe.. Yang paling tak sabar, nak makan sos tartar dye  😋

Stesen Sos Tartar
Ok this is new to me. Kat dalam outlet ni, ada satu stesen kecil kat tengah tu, dye letak pelbagai jenis sos tartar, sudu garpu dan air masak. First time rasanya tengok stesen kecik ni dekat outlet The Mahattan Fish. Sebelum ni tak ada pun stesen kecik ni. Apa lagi, jom kita rasa pelbagai rasa sos tartar diorang ..

Sos TARTAR sos Tartar
Ni baru empat jenis sos tartar yang husband mira amek. Total ada 6 ke 7 macam tu. Dye tak ambil semua tak muat tangan katanya. Ada macam-macam perisa. Ada kari, barbeque, Original dan apa lagi ntah tak hingat. Korang kena datang sendiri untuk rasa taw!!

Perisa kari tu tak minat sangat lah. Sedap tu sedap tapi tak makan pun tak pe. Hehe.. Yang paling mira suka sos tartar yang original pun dah sedap dah sebenarnya. Serius. Mira lagi suka sos tartar yang original. Korang yang dah rasa suka sos tartar perisa yang mana?

Jemput..
Kitorang makan Fish N' Chip dulu. Dah itu yang sampai dulu 😋 Laju uui masuk mulut, Hehe.. Boleh la rasanya. Fried Dory dengan chips. Kalau makan saja tak best. Betul lah kena cicah tartar sos yang ada tu. Disebabkan banyak jenis perisa tartar sos yang kitorang ambil, jadi meriah la rasanya.. Good!

Manhattan Flaming Platter (Dory)

Next dish is this this Manhattan Flaming Platter. Tazabar nak makan 😋 Masa platter ni sampai, staff TMFM tu akan bakar cheese yang ada di atas udang tu depan mata ampa 😆 Dapatla tengok api-api sikit sebelum makan tu.

Ok, for your information, husband mira tak makan udang taw. Dia akan rasa geli tekak atau tak sedap tekak bila makan udang. Kali ni, dye nak try udang dalam platter ni. (Tak tahan tengok api-api tadi la tu 😉) First try dye makan, first expression is, "Wow..." "Wow..." (Sambil kunyah 😹😆) Baru kamu tahu rasa udang tu sedap macam mana. Hehehe..

But then bila makan ikan dory tu pulak, at first ok. Tapi last-last dye rasa mual pulak. Katanya "Too oily..." 😥 Mungkin terlebih minyak atau cara masak ada kekurangan sikit kot masa ni. Its ok.
Kita smile je lahh :)


Halah.. halah.. ada anak begini lahh...
Ye nak.. ye nak..

Nak makan pun tak tenang

Last-last kitorang ambil keputusan untuk take-away makanan tadi tu. Sambung makan kat rumah uui.. Suami kita tak tahan dah rasa mual tu 😭

Tapi overall mira sangat enjoy makan seafood dekat TMFM ni. Sedap taw sebenarnya! Cuma tu lah, kalau kita suka seafood tak semestinya suami kita suka jugak 😭

Next time kita try lagi taw! Encik husband jangan gatal-gatal nak telan udang. Nanti habis petite si isteri nak makan. Hehe

Untuk korang yang tak pernah makan dekat The Manhattan Fish Market ni dan teringin nak try, boleh la try tengok bila TMFM ni buat offer. Time tu boleh lah korang try rasa 😛

Follow FB diorang taw FB TMFM
Atau pergi terus je dekat laman web diorang WHATS HOT AT TMFM

Kat situ diorang selalu update kalau ada offer apa-apa. Dah pergi follow diorang sekarang! 

Comments