Teman Suami Pilih Baju Raya 2018 | Cuti Hari Ahad Sahaja

Semalam pergi IOI City Mall nak cari baju cik suami. Dia belum dapat baju raya lagi. Raya lagi beberapa hari lagi ni. Apa mahu buat ni? πŸ˜†

Untuk pengetahuan, cik suami hanya CUTI pada hari AHAD SAHAJA. Hari lain memang dia bekerja. 6 hari bekerja dalam seminggu. Kesian suami kita. Penat bekerja nak-nak nak dekat raya and bulan puasa ni. Kadang-kadang ada la urut-urut badan dia sikit lepas dia balik dari kerja. Sakit-sakit badan katanya. Sakit pinggang lah, sakit bahulah, semua sakit. I know sayang.. setiap hari bekerja confirm penat sayang😭

So, kitorang plan ahad minggu ni nak pergi cari baju raya dia. Sis punya baju raya dah dapat dah. Beli masa balik perlis minggu lepas. Alang-alang ada Mood Republic dekat Hotel Tabung Haji dekat Alor Setar tu, ajak la adik, ibu dan ayah pergi sekali. Masa kitorang pergi tu, ramai orang tapi tak sesak sangat. I just wondering kalaulah kitorang pergi Mood Republic KL punya, confrim macam sardin. Confirm! Nasib baiklah ada dekat kampung masa Mood Republic Tour Utara tu. Boleh join sekaki. Jadi, dapatlah beberapa pasang baju raya dekat situ.

So, hari ahad last minggu sebelum raya memang dah plan nak pergi beli baju raya suami. Tapi suami dah bagitahu awal-awal dah sebelah pagi ahad tu nak servis kereta. Minggu depan nak jalan jauh. Nak balik raya ke perlis. Kena servis kereta. Kita ni faham jelah, laki kita tu cuti hari ahad ja. Semua benda memang kena settlekan dalam satu hari tu. Nak tukar duit raya singgit-singgit lah, nak basuh kereta lah, nak servis kereta lah, nak beli baju raya lah, semua kena buat dalam satu hari tu ja sebab satu hari tu je cuti umum buat suamiku.

Pukul 12 tengah hari, suami tak balik lagi. Dah rasa lain macam, lama la pulak laki aku ni pergi servis kereta bila nak beli baju raya dia ni? Raya dah minggu depan. Kang tak jumpa baju raya nangis pulak dia. Tiba-tiba suami call, abah ada tak kat rumah? Nak tanya perlu tukar tak sekian-sekian. Aduh... banyaknya nak kena tukar time servis kereta ni. Pomen tu pulak pergi suggest macam-macam nak kena tukar. Memang makan beriban la jawabnya macam ni.

Jam pukul 1.30 petang macam tu baru nampak bayang laki kita balik rumah. Dengan muka penat dia, dengan exhausted dia. Dia betul-betul penat. Balik rumah terus dia ambil bantal dan tidur sekejap. Dia kata mulut dia kering gila. Dia baru teringat dia minum secawan air kosong je masa sahur tadi. Selalu dia minum 2-3 gelas air kosong. Tu yang dia rasa exhausted sangat. So biarlah dia tidur.

Dia suruh sis solat zohor dan siap-siap dulu. Lepas dia take a nap baru keluar balik cari baju raya. Masa tu rasa kesian pun ada. Dia dah penat-penat servis kereta then lepas ni nak keluar lagi. So, sis ada la bisik kat dia. "Abang kalau penat sangat kita tak payah keluar dah la . Abang rehat je lah." Nak tahu apa reaksi dia? Dia macam nak menangis cakap nak keluar jugak sebab tak ada baju raya lagi. Nanti dia nak pakai baju apa.. Ok2. Jadi sis pun volunteer lah nak drive pergi IOI nanti. Dia pun iyakanlah. Siapa tak suka kan orang drive time kita penat-penat. Boleh rehat di tempat duduk sebelah. Boleh jadi isteri mithali tak sis? Hehehe


Ok, ni baju yang encik suami try and error masa dekat IOI tu. Oh baru perasan tiga-tiga baju ni dari parkson. Kitorang ada juga cari baju dekat H&M dan tempat lain tapi banyak baju casual ja. Dekat parkson banyak sikit pilihan baju melayu or kurta. Btw, tema baju raya family tahun ni warna hijau mint atau mint green. So, cari lah baju warna tu. Basically 3 baju kat atas ni je yang kitorang jumpa warna mint green. Baju melayu lelaki tak banyak warna mint green kut. And suami dah decide, tahun ni dia nak pakai kurta. Sebelum ni dia tak pernah pakai kurta pun. 😊

Ni baju first yang dia try. My first impression is 'macam perempuan'. Dengan ringan mulutnya sis cakap macam tu dekat suami. Sorry sayang.. πŸ˜… Tapi betul macam gaya perempuan. Maybe sebab kurta tu labuh sangat. Badan cik suami ni besar bahagian bahu badan and kecik bahagian kaki. Jadi bila pakai baju ni nampak pelik. Besar kat atas and kecik kat bawah. And lagi satu nampak macam baju kurung. En suami pun macam tak berkenan sangat dengan cutting baju ni. XL besar sangat. L pun cutting tak padan. So, move on to next baju. 

Ni baju kedua yang En suami try. Warna dah ok. Kain dah lembut. Sesuai buat raya sebab confirm nanti berpeluh and kain ni seems to be 100% cotton. Lembut kain dia. Ada corak sikit kat bahagian hujung tangan dia. Suka sangat. Ada gaya sikit la and tak nampak macam baju biasa. Tapi baju ni berbulu. Tak basuh apa lagi dah berbulu. Takut lepas basuh nanti lagi berbulu. And bila tengok 2 kali nampak macam baju tepi pantai je. Hmmm... NEXT!

Haa... ni baru nampak handsome sikit! Kain ok. Tak lembut sangat tak keras sangat. Boleh la serap peluh. Cutting pun OK. Mula-mula suami try size L then dia nak try size M. Size M fit badan dia. We think this is the one! Jahitan pun kemas. Suami pun puas hati dengan baju ni. Lepas belek-belek sekejap then kitorang decide ambil baju ni. Settle! Alhamdulillah!

En Suami pun pergilah beratur nak bayar. Dekat parkson ni kalau musim perayaan macam ni memang panjang sikitlah gamaknya ya. I pun tunggul suami dekat tempat duduk bahagian kasut. Tak larat nak berdiri lama mengendong si kecik 24 minggu dalam perut nih 😴

Then, thats all for that day. Lepas bayar baju tu terus balik. Ada jugak cari-cari baju kemeja suami untuk berjalan raya tapi tak ada yang berkenan. Mungkin penat sangat kut. En suami dalam kepala dah aim nak balik ja sebab penat sangat dah harini. Sebelum balik singgah TESCO bawah IOI tu beli susu and air minum sikit. Then balik terus berbuka di rumah πŸ’š




Comments