Asalamualaikum
Wah wah wah, hipsternya kuih raya. Nak juga bubuh Nutella 😊
Well, ini tahun pertama sis try buat Nutella Pod ni. Ada rupa kan? Hehehe. I decide nak buat Nutella Pod sebab rupanya dia hipster. Hehehe. And sebab ingredient utama dia ialah Nutella. Siapa tak suka Nutella kan. Coklat rasa kacang hazelnut. Yummy
Mula lah search resepi dekat youtube. Well, sis jenis yang tak akan follow satu resepi sahaja. Sis akan cari banyak-banyak resepi (especially dekat youtube sebab senang tengok video rather than tengok gambar sahaja) then sis akan gabungkan resepi yang sis suka dan yang mana sis rasa sesuai then eventually sis akan jadikan dia resepi sis 😊 Sebab apa sis kata sis jadikan dia resepi sis, sebab memang sis akan tambah tolak resepi yang sedia ada. Sis tak akan follow 100%. Inovasi la katakan.
![]() |
My Nutella Pod With White Chocolate On Top ❤️ |
Well, selepas beberapa inovasi myNutella Pod ni dapatlah rasa macam brownies sikitt. Nak tergelak mula-mula. Ni Nutella Pod ke brownies. Well, who cares! Janji sedap. Betul tak? Hehehe. Korang ada buat Nutella Pod juga ke tahun ni. Share la resepi dengan Sis. Sama-sama kita inovasi. Hehe
Ok, the next one ni pulak ialah agar-agar dadih yang sis buat masa balik perlis 2 minggu haritu. Kesian Encik Husband I tinggalkan sekejap. Bukan apa, rindu sangat kat kampung tu. Lebih-lebih lagi sis tengah pregnant ni. Teringat macam-macam kat kampung tu. Then sis merayulah dekat husband nak balik perlis sekejap. Sambil tu lawat ibu dan ayah kat kampung masa puasa ni. Bila lagi nak lawat kan. Sementara masih berdua ni, komitmen tak tinggi sangat. Nanti kalau dah bertiga, berempat, berlima karang, takut tak menyempat pulak balik kampung selalu. Ye tak?
![]() |
Agar-agar lychee Blueberry Dadih ❤️ |
Then, setiap hari berbuka di masjid tu, ibu akan bawa sikit makanan dari rumah untuk berkongsi dengan akcik dan makcik di masjid berbuka nanti. Salah satu menu yang ibu akan buat ialah agar-agar. Nice kan? Macam potluck pulak berbuka di masjid tu. Bawa makanan sorang sikit, then berkongsi lah!
So, alang-alang sis dah balik perlis ni, sis ingat nak ambil tugas buat aga-agar tu. So perisa yang sis pilih ialah lychee dan blueberry. Yummy! My sister cakap dadih bluberry tu paling sedap. Yup Cannot deny and cannot resist. Dadih blueberry tu memang sedap !
![]() |
Baby macaroon & Biskut Kopi Donut 🍩💋 |
Well, bila dah rasa Sis lebih prefer biskut kopi donut tu sebab dia lembut sikit. Macaroon tu keras ya amat! walaupun rupa dia comel, tapi makan dia kena mempunyai gigi yang gagah perkasa, Hehe
Nyway, rasanya dia not bad lah. Boleh terima! Yang paling penting, dia comel!
Ada siapa-siapa dekat sini online seller untuk kuih raya ke? Meh la drop iklan kat sini. Mana tahu Sis boleh beli dan rasa ke. Hehehe
Comments
Post a Comment