Berbuka Puasa Di Masjid | Kangar

Tahun ni walaupun dah berkahwin, ambil masa sikit balik Kangar jumpa ibu dan ayah. Ada la dalam dua minggu macam tu berpuasa di Kangar. And you know what, tahun ni sekali pun tak pernah pergi bazar di Kangar lagi! Omg! Satu record baru.

Sebab apa, sebab ikut ibu dan ayah berbuka di Masjid Alwi dan Masjid Padang Katong. Kami bertiga je ada di rumah, sebab tu tak masak atau beli makanan di bazar. Berbuka di masjid je. Berbuka bersama pakcik dan makcik kat sana.

Kalau di Masjid Padang Katong, tak ramai sangat orang yang berbuka di situ. Tempat makan pun kecil je disitu. Muat-muat la kami makan di sana sebab tak ramai pun. Awal-awal berbuka haritu mungkin lagi ramai dan kadang-kadang sikit je orang. Selesa la juga berbuka di sana.

Berbeza dengan Masjid Alwi. Ramai orang dan khemah dia besar. Mungkin sebab masjid tu besar dan ada di pekan sikit jadi ramai orang datang. Setiap kali berbuka di masjid memang kami bawa makanan tambahan untuk kongsi dengan jemaah dekat sana. Depends la kitorang nak bawa apa hari tu. Mostly kuih-kuih la yang kitorang buat la kitorang bawak dan letak dekat tempat ambil makanan di masjid tu.

Masakan Kampung
First time berbuka di masjid haritu, rasa macam wow sangat. Masakan kampung beb. Sedap uui. Lama tak makan. Rasa dia pun lain walaupun beli lauk yang sama macam ni kat bandar. Ni orang kampung yang buat. Air tangan orang kampung. Rasa confirm lain dan lagi sedap! Walaupun hanya ikan goreng, ikan masak sambal, sayur masak air, sambil belacan dan ulam-ulaman rasa dia, pergghhh... memang aku makan banyak la haritu. Lama tak makan makanan macam tu.

Kuih-muih dan bubur lambuk
Kalau dekat Masjid Alwi pulak, trend diorang di sana berbuka dengan kuih-muih dan bubur lambuk dahulu kemudian pergi solat maghrib berjemaah. Lepas solat maghrib baru makan nasi. Ok juga buat macam tu. setakat yang aku pergi tak delah beratur panjang sangat. Means boleh la nak beratur tak lama sangat.

Aku teringat masa aku berbuka di Masjid Wilayah di KL tahun lepas. Perghh.. ramai gila orang beratur nak ambil makanan lepas solat maghrib. Masa tu macam wow wow wow.. Lapar ni.. beratur ambil makanan panjang lagi. Huhu.. Tapi masjid di Kangar ni tak ada lah macam tu. Slow and steady ja Alhamdulillah 😊 

Berbuka berjemaah
Ni masa berbuka sekali dengan adik dan kakak. Diorang pun balik Kangar sekejap nak berbuka di sni. Masa diorang ada di rumah kitorang masak di rumah. Satu hari je berbuka ramai-ramai di Masjid Alwi. Kakak teringin nak berbuka di masjid. Di KL kakak segan nak berbuka di Masjid sebab kakak sorang-sorang ja dengan suami dia. Kalau tempat makan berpisah lelaki dan perempuan lagi la kakak segan, sorang-sorang gamaknya dia. Tak ada geng. Kat sini je lah nak merasa berbuka di masjid. Hehehe

Tahun depan mungkin boleh berbuka lagi di masjid di tempat lain. Hehehe 😉


Comments